Bercakap Dengan Jin

Bercakap Dengan Jin

Wednesday 22 July 2015

Siri 69 - Ilmu Kaum Kubu



Ilmu Kaum Kubu

“Kamu ni ada-ada saja,” Datuk terus meraba dan menggosok serta memicit pergelangan kaki saya. Berkerut muka saya menahan sakit. Sendawa saya bertalu-talu.

“Aku dah pesan. Setiap kali bangun tidur, jangan bangun terus. Pusing ke kanan sekali, pusing ke kiri sekali sambil gerakkan kaki dan tangan perlahan-lahan. Kemudian duduk dan membongkok dua tiga kali. Kemudian menggeliat perlahan-lahan dan tarik nafas panjang-panjang,” Datuk mula membebel.

Tuesday 21 July 2015

Siri 68 - Puja Lidah Anak Dara



Puja Lidah Anak Dara

“Cuba kau tengok Tamar, apa yang jatuh atas lantai,” cukup lembut Datuk mengeluarkan perintah. Dengan rasa jijik saya segera mematuhi cakap Datuk. Saya periksa ulat-ulat yang ada atas lantai.

“Bukan ulat tuk,” beritahu saya terketar-ketar.

“Kalau bukan ulat, apa bendanya?”

“Benang putih yang sudah reput dan bercerai-cerai, kalau dikumpulkan jumlahnya dekat tiga buku benang.”

Monday 20 July 2015

Siri 67 - Pelihara Ulat Tokak



Pelihara Ulat Tokak

Mujurlah ingatan Datuk itu, sedia dipatuhi oleh Haji Salim. Ia tetap bersikap tenang. Serangan mata parang dari Daud dapat dielakkannya dengan mudah. Tetapi, Daud terus mengasak dan menyerang. Ia tidak nampak penat pun. Makin lama makin bertambah tenaganya. Seluruh badan Daud terus dibasahi oleh peluh.

“Ah, haji laknat,” pekik Daud sambil melompat tinggi ke arah Haji Salim.

Sunday 19 July 2015

Siri 66 - Pendekar Terbang



Pendekar Terbang

Datuk menolak ramalan yang tidak berasas itu. tetapi ramalan yang bergerak dari mulut ke mulut itu, tidak dapat disekat dan terus mempengaruhi orang-orang kampung. Akibatnya, orang-orang kampung berada dalam kecemasan.

“Entah siapa yang pandai buat ramalan mengarut tu,” rungut Haji Salim ketika saya mengunjungi tempat kerjanya. Dari cara ia bercakap dan kerut wajahnya membayangkan rasa kesal yang mendalam.

Saturday 18 July 2015

Siri 65 - Darah Dalam Mulut Gadis



Darah Dalam Mulut Gadis

Haji Salim menggigit bibir. Matanya merenung wajah saya dan Datuk sebentar. Ia menarik nafas panjang sambil menepuk pangkal lengan Datuk.

“Bagaimana kalau kebolehan yang ada pada awak dan saya disatukan untuk menentang perkara jahat.”

“Saya juga terfikir ke arah itu tapi…,” Datuk tidak meneruskan kata-katanya. Saya lihat Datuk kerutkan kening macam ada sesuatu masalah besar yang bermain dalam kepala.

Friday 17 July 2015

Siri 64 - Orang Berjubah Hitam



Orang Berjubah Hitam

Suara di sekitar kubur lama kembali sepi. Tidak ada terdengar suara orang perempuan dan suara kanak-kanak menangis. Lelaki yang menatang kanak-kanak itu meletakkan kanak-kanak itu atas kubur. Kanak-kanak itu kembali menangis dan terus diam bila lelaki itu menyumbat susu ke dalam mulutnya.

“Aku yakin kanak-kanak itu, bukan kanak-kanak betul,” beritahu Datuk pada Haji Salim.

“Tapi, macam mana ia boleh menangis tuk,” tanya saya.

Thursday 16 July 2015

Siri 63 - Nisan Berdarah



Nisan Berdarah

Saya terus menekup mata, bila kawannya yang memegang parang mengangkat parangnya tinggi-tinggi dan terus menjatuhkan atas lengan penjual. Semua orang di situ mengeluh, ada pula yang memalingkan muka ke arah lain. Tidak sanggup melihat darah dan lengan yang terputus dua.

“Yaaaakkk,” saya terdengar suara pemegang parang, lepas itu saya tidak terdengar apa-apa.

Semuanya sunyi sepi. Bila saya terdengar suara tepukan tangan orang ramai, saya segera menjatuhkan telapak tangan yang menutup mata saya.

Wednesday 15 July 2015

Siri 62 - Puja Kubur



Puja Kubur

Datuk dan Haji Salim terus merenung ke tanah perkuburan yang dipenuhi dengan pokok-pokok kecil. Batu nisan yang dibuat dari batu gunung tidak berapa jelas kelihatan, kecuali sebuah kubur yang terletak di kawasan tanah yang agak tinggi. Batu nisannya kelihatan menonjol. Bentuknya juga tidak sama dengan batu nisan yang lain.

Ukuran tingginya separas pinggang. Batunya bulat macam batu sempadan letaknya agak condong ke arah barat daya. Penuh dengan lumut yang menghijau.

Tuesday 14 July 2015

Siri 61 - Tulang Jari Di Daun Keladi



Tulang Jari Di Daun Keladi

Sejak pulang dari Hospital Lumut, sudah tiga minggu saya berkurung dalam rumah. Setiap malam, nenek akan membalut kaki saya dengan Naga Buana. Perut pula, dibalut dengan pucuk pisang emas.

“Kenapa nek buat begini, pada kaki dan perut saya?”

“Untuk mengelakkan kaki kau dari kisit urat dalam perut mesti dikecutkan, kalau tak dibalut dengan daun pisang, perut kau boroi bila

“Huh, saya dah jemu kena balut nek.”

Monday 13 July 2015

Siri 60 - Lumpuh Di Kaki



Lumpuh Di Kaki

Perlahan-lahan Datuk meraba dahi saya. Dari dahi jejari Datuk merayap ke pangkal tengkuk. Saya rasa jejari Datuk sejuk macam ais.

“Keadaan badan kamu macam biasa, tidak panas dan tidak pula sejuk, berdasarkan denyut darah yang aku rasa dari kepala hingga ke pangkal tengkuk, kau masih ada harapan.”

“Maksud Datuk?”

“Lumpuh di kaki kamu boleh sembuh jika diizinkan oleh Allah, cuma aku mesti berusaha.”

Sunday 12 July 2015

Siri 59 - Kelawar Puntianak



Kelawar Puntianak

Biji-biji getah yang dikutip saya lambakkan atas tanah. Datuk masih lagi menjalin bilah buluh dengan rotan. Dia membuat lukah (bubu) baru yang panjangnya satu hasta dengan injap bermata belas. Memang perangai Datuk, kalau membuat lukah, mesti dimulakan waktu matahari terbit. Bila matahari sudah tinggi segalah, kerja itu diberhentikan.

Kalau diteruskan, lukah yang dibuat tidak membawa tuah. Ertinya, tidak ada ikan yang mahu masuk dalam lukah. Saya terus memecahkan kulit biji getah dengan kayu. Isinya saya taruh dalam penapis buluh.

Saturday 11 July 2015

Siri 58 - Ilmu Papan Sekeping



Ilmu Papan Sekeping

Sudah dua jam, saya duduk di pangkal pokok kekabu di tebing sungai. Tidak ada seekor ikan pun yang mahu menjamah umpan di mata pancing.

“Banyak ikan yang kau dapat?”

Saya segera menoleh ke kanan. Samad Perang tercegat di situ dengan sepasang matanya merenung tajam ke arah saya. Batang pancing saya cacakkan ke tanah.

“Tak ada ikan yang mahu makan umpan pancing. Bila pakcik datang dari Kuala Lumpur?”

Friday 10 July 2015

Siri 57 - Sumpah Selendang Merah



Sumpah Selendang Merah

Saya lihat Datuk kurang senang dengan arahan yang diberikan oleh Sajono pada saya.

“Ayuh, orang muda,” suara Sajono lembut.

“Cucu saya, masih bodoh pak.”

“Dia harus belajar, mungkin di masa akan datang dia tidak akan berhadapan dengan perkara semacam ini.”

“Tapi...”

“Jangan bimbang, biarkan dia lalui pengalaman ini, setidak-tidaknya akan jadi bahan sejarah untuk dirinya. Ayuh,” Sajono menggosok-gosok kepala saya.

Thursday 9 July 2015

Siri 56 - Bomoh Terjun



Bomoh Terjun

Datuk terus memulas kedua belah tangan Samad Perang ke belakang. Udin Candung pula memegang kedua belah kaki. Mamat Bukit terus duduk di atas belakang Samad Perang.

“Dollah kau ambil rotan,” Mamat Bukit beri arahan pada Dollah Beranggas. Cepat-cepat Dollah Beranggas melompat ke tanah dan segera naik ke rumah bersama segulung rotan.

Tanpa membuang masa, Dollah Beranggas buka gulung rotan dan terus mengikat kedua belah pergelangan kaki Samad Perang.

Wednesday 8 July 2015

Siri 55 - Mamat Bukit Yang Gagah



Mamat Bukit Yang Gagah

Saya dan Datuk berpandangan, tahulah kami sebelum kami tiba ke situ, mereka terlebih dahulu sampai.

"Lagi apa yang kau dapat?", tanya Mamat Bukit pada Dollah Beranggas sambil merenung muka Samad Perang. Mereka berbalas senyum. Dengan tenang Dollah Beranggas mengeluarkan seluar dan baju kelabu yang ada tanda tentera di dadanya. Dia juga mengeluarkan beberapa kerongsong peluru.

Tuesday 7 July 2015

Siri 54 - Penunggu Rotan Semambu



Penunggu Rotan Semambu

“Sebagai manusia saya juga merasakan satu kesilapan kalau saya sudah menolong seseorang kemudian minta dikenang atau dibalas, Islam tidak menyuruh kita menuntut sesuatu bila sudah menolong orang lain. Kerana tolong menolong antara satu sama lain itu adalah amal jariah kita sesama manusia.”

Saya lihat lelaki itu anggukkan kepala mendengar kata-kata dari Datuk itu. Mungkin sudah kehabisan modal atau sengaja mahu menumpukan perhatian pada kenderaan yang dipandunya, membuat lelaki itu tidak mengemukakan sebarang pertanyaan pada Datuk. Rupa-rupanya Datuk senang dengan keadaan demikian. Dia merapatkan kedua belah kelopak matanya macam orang tidur. Saya tahu benar-benar, bila Datuk berbuat demikian fikirannya tidak tertumpu pada keadaan kelilingnya. Dia sebenarnya memusatkan hati dan perasaannya pada sesuatu tempat dan jarak yang berpuluh-puluh atau beratus batu dari tempat dia duduk sekarang. Saya tidak tahu bagaimana Datuk boleh mencantumkan seluruh perasaannya pada tempat tersebut, kadang-kadang dia bagaikan tahu tentang sesuatu kejadian di tempat yang dihayatinya.

Monday 6 July 2015

Siri 53 - Ghaib Dalam Bas



Ghaib Dalam Bas

Saya kira, tidak ada perlu Datuk fikirkan. Sembahyang Subuh sudah ditunaikan. Mandi embun sudah dilakukan. Malah, kawasan rumah arwah Mahyuddin sudah kelilingi sebanyak tujuh kali. Empat penjuru kawasan rumah tersebut sudah ditanam dengan dahan pokok delima yang dipotong sepanjang enam inci.

"Tujuannya bukan apa-apa, cuma nak mengelakkan orang­-orang yang tidak bertanggungjawab dari membuat perkara tak senonoh. Maklumlah semua orang tahu, arwah Mahyuddin bukan sebarang orang, mana tahu ada orang yang cuba menuju tempat tidurnya, minta itu minta ini, kerja syaitan dan maksiat begini cepat mempengaruhi fikiran orang-orang kita, lebih-lebih lagi kerja maksiat tu boleh mendatangkan wang ringgit.", Datuk menjelaskan tentang perkara yang di bualnya pada saya.

Sunday 5 July 2015

Siri 52 - Sebilah Keris Aneh



Sebilah Keris Aneh

Baru dua langkah Datuk mengatur tapak, saya terpandangkan cahaya api yang kuat. Cahaya itu kelihatan bergerak menuju ke masjid. Perasaan saya jadi cemas.

"Ada orang bawa suluh datang ke sini tuk”, kata saya memberitahu Datuk. Dan Datuk segera membatalkan niatnya menuju ke arah benda jatuh. Dia patah balik dan berdiri dekat saya di ambang pintu masjid. Tiada rasa cemas dan bimbang terpamer di wajahnya.

"Tamar"

"Ya tuk"

Saturday 4 July 2015

Siri 51 - Rahsia Seorang Sahabat



Rahsia Seorang Sahabat

Tiba-tiba saya tersedak. Mata dan hidung terus berair. Dan sepasang mata Datuk tertumpu ke wajah saya. Renungannya begitu tajam. Tangan kanan saya yang memegang cawan teh terus menggeletar. Perlahan-lahan cawan itu saya letakkan kembali ke tempat asalnya (dalam talam kecil). Mahyuddin terus menepuk belakang saya perlahan-lahan, kemudian dia mengurut-ngurut dua tiga kali di bahagian tengah tulang belakang. Perjalanan nafas terasa normal kembali.

"Tak apa, tersedak tengah minum, menurut kata orang tua-tua, ada orang yang menyebut nama kamu Tamar”, ujar Mahyuddin.

"Itu tandanya, minum tak menyebut kalimah Allah, cuba baca Bismillah tadi, tentu tidak begitu jadinya”, sahut Datuk.

Friday 3 July 2015

Siri 50 - Manusia Harimau



Manusia Harimau



Bila Datuk merasakan tidak ada hal-hal yang perlu dilakukannya, dia pun mengajak kami pulang.

"Kalau sesiapa di antara kamu masuk ke dalam hutan dan bertemu dengan pokok yang tumbuh dalam kolam, hati-hatilah menggunakan air dari kolam tersebut”, sambil menggeliat Datuk berkata begitu kepada saya.

"Kenapa tuk?"

"Orang tua-tua dulu yang kaya dengan ilmu dunianya, membuang saka ilmu dunia dengan tiga cara, terutama kalau ilmu yang dituntutnya bercanggah dengan ajaran Islam atau ilmu yang dituntutnya akan menjadi ilmu keturunan”, Datuk memicit-micit bahu kirinya dengan tapak tangan.

Thursday 2 July 2015

Siri 49 - Rahsia Sebuah Kolam



Rahsia Sebuah Kolam


Secebis kain hitam berbucu tiga dikeluarkannya. Datuk tahan nafas sambil bibirnya bergerak-gerak. Perlahan-lahan Datuk membuka tapak tangan kanannya dan kain hitam itu digosoknya berkali-kali di tapak tangan. Setiap kali Datuk gosok tapak tangan dengan kain hitam, kaca-kaca halus, dan serbuk dari miang buluh bergerak dan berkumpul di ruang tengah bilik.

"Kau warisi ibu santau ini dari ayah kamu? Setiap kali ada orang yang kau santau ibu santau ini akan bertambah, bila tidak ada orang yang kau korbankan dia akan susut?", Datuk ajukan pertanyaan pada Dumba. Saya lihat Dumba anggukkan kepala.

"Kau mahu melupakan dan membuangkan ilmu yang kau tuntut ini Dumba?"

"Ya."

Wednesday 1 July 2015

Siri 48 - Bertemu Ibu Santau



Bertemu Ibu Santau

HIDUNG dan mata, saya tekankan ke badan Datuk dengan sekuat hati. Gegendang telinga saya terus juga menangkap bunyi suara orang ketawa sambung-menyambung. Bila suara orang ketawa itu berakhir, segera digantikan dengan bunyi tapak kaki binatang yang sedang berlari, macam bunyi tapak kaki kerbau dikejar harimau.

Saya ketakutan, bulu tengkuk meremang. Badan Datuk saya paut sepenuh tenaga. Saya tidak mahu berpisah dengan Datuk. Dalam saat yang serba gawat itu, saya rasa bahu kanan saya di pegang oleh orang. Badan saya terus menggeletar.

"Tamar kau cucu tuk," saya terdengar suara Datuk cukup jelas. Tangan yang terlekap atas bahu saya segera bergerak ke kepala.