Tidur Di
Rumah Bunian
Sebulan
kemudian, datuk pergi ke tempat tersebut. Ia berhasrat untuk menemui perempuan
cantik. Tepat, pukul tiga petang datuk pun masuk ke dalam hutan. Lebik kurang
setengah jam berada di dalam hutan. Datuk diberkas oleh anggota tentera kerana
masuk ke dalam kawasan hitam. Datuk lalau dibawa ke balai polis. Seminggu datuk
tidur dalam lokap sementara menanti hari perbicaraan. Bila dihadapkan ke
mahkamah datuk didapati bersalah dan dihukum penjara selama seminggu, datuk
bersyukur pada tuhan, kerana pihak mahkamah mengambil kira hukuman itu berjalan
dari tarikh ia mula ditahan. Pada perbicaraan itu datuk pun dibebaskan.
Datuk
mengambil keputusan yang tepat. Ia melupakan tentang perempuan cantik itu.
Tapi, perangainya yang suka memburu itu tidak dapat dikikisnya dari hati. Kalau
sehari ia tidak pergi memburu, ia terasa hidupnya terlalu sepi. Semua yang
dilakukannya serba tidak kena. Akhirnya, datuk teringat tentang hutan kecil di
pinggir bukit kota. Menurut orang-orang yang berladang di pinggir bukit itu,
ayam hutan cukup banyak terdapat di situ. Pelanduk dan landak juga selalu
ditemui oleh mereka. Kerana bukit kota tidak termasuk dalam kawasan hitam,
datuk pun mengambil keputusan untuk berburu ke tempat tersebut.
Datuk
berusaha mengumpulkan beberapa orang kawannya. Diajak berunding untuk berburu
ayam hutan. Semua kawan-kawannya menolak dengan alasan takut tersua dengan
komunis atau terjumpa dengan anggota tendera.
"Jangan
bodoh, kawasan itu, kawasan putih," kata datuk pada kawan-kawannya dengan
nada suara yang keras sambil meraba-raba misai tebalnya.
"Kami
tak mahu pergi," jawab kawan-kawan datuk.
Kemudian
mereka meninggalkan datuk sendirian di anjung rumah. Cerita orang-orang yang
berladang di pinggir Bikit Kota terserempak dengan komunis, bukanlah perkar
baru. Sudah jadi buah mulut orang ramai. Sudah sampai ke pengetahuan ketua
Kampung Kota dan penghulu. Sudah pun dilaporkan kepada pihak polis. Orang-orang
keomunis itu memang suka melintas jalan ikut Bukit Kota dari Segari menuju ke
Ulu Perak, akhirnya masuk ke dalam kawasan Thailand. Orang-orang yang berladang
ki kaki bukit merasa beruntung dan bertuah kerana orang-orang komunis itu tidak
menggangu mereka.
Walaupun
kawan-kawannya tidak mahu pergi, datuk tetap meneruskan rancangannya. Ia
berazam mahu menembak ayam hutan sebanyak yang boleh disamping itu ia berharap
juga akan dapat menembak seekor dua napuh atau landak. Tidak ada persiapan
tertentu yang diatur oleh datuk untuk pergi memburu kecuali sehari sebelum
masuk hutan, ia membakar kemenyan di hujung bendul sambil membasuh mukanya
dengan air kelapa muda tiga kali.
Pagi
itu, datuk bertolak dari rumah sesudah makan nasi dan minum kopi. Ia menaiki
basikal sejauh dua batu untuk sampai ke ka Bukit Kota. Memang, sudah
dirancangnya untuk memburu ayam hutan pada sebelah pagi. Ia berpendapat pergi
memburu pada sebelah pagi banyak untungnya, boleh meredah hutan hingga matahari
jatuh.
Waktu
datuk sampai di kakai Bukit Kota matahari sudah pun meninggi. Air embun di
hujung daun nampak bersinar-sinar di panah matahari. Datuk tidak terus masuk ke
dalam hutan. Ia singgah dulu di sebuah pondok kepunyaan kawannya. Ia bertanya
pada kawannya, arah mana terapat bunyi kokok ayam hutan.Kawannya tiu pun
menunjukkan arahnya.
"Batalkan
saja rancangan kau tu," ujar kawannya dengan tenang sambil merenung ke
arah pokok-pokok hutan. Datuk tersenyum sambil melurut muncung senapangnya dua
tiga kali dengan tapak tangan.
"Kenapa
?" Datuk menimang senapangnya. Kawannya terdiam tapi merenung pada tali
pinggang datuk yang digayuti peluru.
"Merbahaya."
""Kau
takut aku ditangkap komunis," "Kalau tidak kenapa kau tahan
aku."
Datuk
meletakkan buntut senapang ke bumi. Ia merenung pada puncak Bukit Kota. Datuk
terdengar bunyi kokok ayam hutan atau ayam denak. Mata datuk bercahaya, kokok
ayam itu bertalu-talu dan bersahutan -sahutan pula. Datuk sudah tidak boleh
bersabar lagi. Ia segera meletakkan senapang atas bahu dan bersedia untuk
melangkah masuk ke dalam hutan. "Jangan terburu-buru nanti buruk
padahnya," kawan datuk yang bertahi lalat di pipi mengingatkan datuk.
"Kau
usah banyak cakap, kalau mahu daging ayam hutan, cakap terang-terang, aku boleh
beri. Berapa ekor kau mahu." Balas datuk dan ia pun mengatur langkah
menuju lorong ke dalam hutan. Kawannya segera mengejarnya. Tiba-tiba sahaja
hati datuk jadi panas dengan perbuatan kawannya itu. "Usah pergi,"
tahan kawannya. "Ini urusan aku, kau tunggu di pondok habuan kau
ada."
"Aku
tak mahu apa yang kau dapat, tapi kau mesti ingat tempat ini bukan tempat
sebarangan, banyak orang yang sesat di dalamnya."
"Dia
orang itu siapa, dan aku siapa, kalau tak cukup syarat di dada aku tak jadi
pemburu tau." Datuk mula membangga diri. Dan datuk terus masuk ke dalam
hutan. Kawannya geleng kepala. Makin jauh datuk meredah hutan, makin kerap
didengannya suara kokok ayam jantan. Datuk pun sampai ke satu kawasan agak
lapang. Fatuk berhenti di situ, tiba-tiba ia terpandang sekumpulan ayam hutan
keluar dari celah-celah pokok menuju ke kawasan tanah lapang, mencakar-cakar
tanah di situ, kemudian masuk ke dalam semak kembali. Memang tidak salah lagi
inilah tempatnya kata datuk dalam hati.
Ia
merangkak perlahan-lahan menuju ke balik batang besar. Ia duduk di situ,
matahari beransur terik, tapi sinar matahari itu tidak dapat menjamah batang
tubuh datuk kerana ia diteduhi oleh rimbunan pokok hutan. Datuk memasukkan
peluru penabur ke dalam laras senapang. Datuk terdengar kokok ayam hutan di
atas kepalanya. Datuk donggakkan kepala. Ia nampak seekor ayam jantan dengan
bulu yang berkilat bertenggik atas dahan. Ayam itu mengepak-ngepakkan sayapnya.
Ekornya yang panjang berkilat bergerak-gerak dimain angin. Datuk melompat,
seekor lipan bara sepanjang satu jengkal keluar dari celah daun-daun kering
merayap atas kasut. Kerana kuat sangat datuk melompat lipan itu terpelanting
ats tanah. Datuk segera memijaknya hingga lipan itu mati. Ayam jantan atas
kepala terbang dan hilang. Datuk kecewa. Wa terus memaki lipan yang sudah
hancur itu. Datuk membuat rancangan lain. Ia mahu beruhab tempat kerana datuk
yakin ayam-ayam itu tidak akan datang ke situ lagi.
Baru
lima langkah datuk melangkah ia terdengar kokok ayam. Datuk berpatah balik ke
tempat asal. Daduk di situ sambil menghisap rokok daun nipah. Sepuluh minit
masa berlalu, ayam hutan tidak juga datang ke tanah lapang. Waktu datuk
mencampakkan puntung rokoknya ke pangkal pohon meranti patah cabang, datuk
terdengar kokok ayam lagi. Datuk tersenyum. Ia yakin ayam-ayam itu akan datang
juga ke situ. Memang benar dugaan datuk. Ranting pokok sebelah kanannya
bergerak-gerak. Seekor ayam hinggap di situ, kemudian turun ke tanah lapang.
Ayam itu memanggil kawan-kawannya yang lain. Dua tiga ekor ayam betina keluar
dari celah-celah pokok lalu menghampiri ayam jantan.
Satu
peluang yang baik bagi datuk. Ia melepaskan tembakan. Ayam jantan menggelupur
atas tanah. Datuk segera menerkam lalu menyembelihnya. Masa datuk mengikat kaki
ayam untuk digantung ke pinggannga, seekor ayam betina meluru padanya berpusing
di depan datuk dua tiga kali. Datuk segera menangkapnya. Mata golok yang tajam
pun memutuskan urat di tengkok ayam. Bila datuk memeriksa badan ayam itu
ternyata pangkal paha ayam itu sudah ditembusi peluru. Dua ekor ayam hutan
tergantung di pinggang datuk. Cukup senang hatinya. Dan datuk bercadnag salah
seekor daripada ayam itu akan diberikan pada kawannya yang berladang di kaki
bukit. Panas kian terik dan datuk mengambil keputusan untuk pulang sahaja. Pada
sebelah petangnya ia akan datang lagi berburu kesitu.
Datuk
mendongak ke langit. Matahari sudah agak condong ke barat. Datuk senyum, ia
dapat menduga pukul berapa sekarang. "Masih awal lagi, kalau tak silap
baru pukul tiga," kata datuk dalam hati. Dengan cara mendadak sahaja ia
membatalkan rancangannya untuk pulang. Ia mahu memburu lagi, sebelum matahari
jatuh di kaki langit, ia bercadang untuk menembak paling kurang lima ekor ayam
lagi. Alang-alang berburu biar puas. Esok lusa belum tentu boleh datang lagi ke
sini. Siapa tahu entah esok , entah tulat kawasan ini akan dijadikan `Black
Area'. Sebelum semuanya berlaku biar aku gunakan peluang ini. Itulah yang difikirkan
oleh datuk. Ia menyumbatkan peluru ke dalam laras senapang. Pusing kiri pusing
kanan, Akhirnya datuk berjalan ke arah utara mengikuti lorong ayam hutan dengan
harapan di hujung lorong itu ia akan bertemu dengan barang yang dicarinya. Baru
lima ela berjalan datuk sudah terdengar kokok ayam jantan.
"Kali
ini kawan-kawan yang tidak mahu ikut aku memburu tentu rugi," kata datuk
dalam hati sambil mematah dahan pokok hutan. Datuk kian jauh masuk ke dalam
hutan. Datuk terdengar bunyi suara orang bercakap. Ia segera menyembunyikan
diri di celah rimbun pokok hutan. Suara orang bercakap itu makin lama makin
dekat berselang seli dengan bunyi kokok ayam dan suar itek. Sesekali datuk
terdengar bunyi orang mengukur kelapa. Puas datuk melihat kiri kanan, ia tidak
nampak pun bayang manusia. Datuk mengira itu cuma perasaannya sahaja. Ia segera
keluar dari tempat persembunyiaan dan meneruskan perjalanannya. Datuk terasa
kepalanya pening dan ia tercium bau wangi di kelilingnya. Ia menduga penunggu
Bukit Kota mahu menguji dirinya. Cepat-cepat datuk memebaca sesuatu, tapi bau
wangi itu makin kuat datangnya, kepalanya terasa berdenyut-denyut.
"Ganjil,"
kata datuk sambil mengaru tanah. Dengan hujung goloknya datuk membuat garisan
tiga segi di muka bumi. Tapi hujung garisan itu dipacaknya dengan ranting kayu.
Mulut datuk terus membaca sesuatu dengan tenang. Kemudain ia mengembus pancang
yang dicacaknya itu dengan mulut. Ketiga-tiga pancang itu rebah ke bumi.
Tahulah datuk, bahawa ia tidak berhadapan dengan penunggu Bukit Kota, tapi ia
berhadapan dengan makhluk lain yang serba aneh. Datuk meneruskan perjalannya.
Bau wangi tetap menyumbat lubang hidungnya. Daun-daun hutan yang tua berguguran
ke bumi. Angin bukit yang bertiup menyegarkan badannya. Rasa pening di
kepalanya hilang. Datuk berhadapan dengan pokok-pokok bunga yang beraneka rupa.
Datuk tidak peduli pada semuanya itu. Ia menyimpang ke kiri, masuk ke arah
hutan kelubi. Di situ juga datuk bersua dengan pokok-pokok bunga.
Di
hujung pokok-pokok bunga itu terdapat jalan tanah merah. Datuk terus ikut jalan
itu , kerana kokok ayam hutan datangnya dari situ. Datuk berhenti berjalan,
bila ia terpandang seorang perempuan tua berdiri di hujung jalan. Bila melihat
datuk berhenti, perempuan itu segera menghampirinya.
"Kau
sesat," kata perempuan itu.
"Tidak."
"Habis
macam mana kau ke mari."
"Saya
memburu ayam."
"Patutlah
ayam aku banyak yang hilang."
"Saya.."
"Sudah
mari singgah di rumah aku dulu."
Datuk
terus mengikuti perempuan tua itu ke rumahnya. Kerana perempuan itu mendakwa,
bahawa ayam yang tergantung di pinggang datuk itu, adalah ayam kepunyaanya,
tanpa soal jawab datuk terus menyerahkan padanya. Ayam itu dijadikan gulai yang
kemudiannya dijadikan hidangan makan malam buat datuk. Selain dari perempuan
tua itu datuk dapat berkenalan dengan seorang perempuan muda yang tinggal
serumah dengan perempuan tersebut.
Datuk
diberitahu oleh perempuan tua, bahawa perempuan muda itu adalah anaknya, datuk
cuma angguk kepala sahaja, kemudian datuk minta perempuan itu menghantarkannya
ke kaki Buki Kota. Permintaan datuk itu tidak dapat dipenuhi oleh perempuan tua
tersebut. Ia minta datuk bermalam di rumahnya.
"Baiklah,
tapi pagi esok saya mesti balik," kata datuk.
"Boleh,
kami tidak pernah mungkir janji."
"Hantarkan
saya sampai ke kaki bukit."
"Tentulah
boleh, tapi kau mesti berjanji kepada kami."
"Janji
apa ? "
"Jangan
menembak binatang ternakan kami."
Datuk
terdiam. Apa haknya perempuan tua ini menahan kesukaannya. Datuk menatap wajah
orang tua itu lama-lama. Orang tua itu tersenyum.
"Kau
susah dengan syarat itu ?"
"Tak
susah, tapi.."
"Memburulah
di tempat lain tapi jangan di sini."
"Baiklah."
"Kalau
kau mungkir janji buruk padahnya." Orang tua itu mengigatkan datuk dengan
nada yang keras. Bulu tengkuk datuk meremang.
Malam
itu datuk tidak tidur. Orang tua itu mengajak datuk berborak hingga menjelang
subuh. Cara diam-diam datuk jatuh hati pada perempuan muda yang nampak bersopan
santun. Cantik orangnya dengan sepasang mata yang besinar. Berkulit putih dan
rambut terhurai di atas bahu. Subuh itu datuk terpaksa sembahyang subuh di
surau bersama dengan penduduk di kampung tersebut. Orang di situ menerima datuk
dengan mesra.
Seperti
yang dijanjikan. Orang tua itu bersama anaknya menghantar datuk sehingga ke
kaki bukit Kota. Sebagai tanda kenangan anak orang tua itu menghadiahkan kepada
datuk sebilah keris pendek.
"Ingat,
jadilah manusia yang teguh pada janji, tidak menipu dan menyeksa sesama
mahkluk, " kata orang tua, bila bertemu dengan jalan ia mula masuk ke
hutan dulu.
"Kalau
mahu ayam minta pada kami, jangan menembaknya atau mencurinya," sambung
perempuan tua itu. Datuk mengangguk kepala sambil menoleh ke kanan. Bila datuk
menoleh ke kiri semula, perempuan dan anaknya hilang. Datuk pulang tanpa ayam
hutan tapi membawa keris pendek yang terpaksa di usap dengan kemeyan setiap
malam Jumaat. Itu pesan perempuan tua yang mesti dipatuhinya, tapi setiap kali
keris itu diusap, anak pada perempuan tua itu akan menjelma. Satu perkara yang
tidak disenangi oleh datuk.
Lantas
datuk mengambil keputusan untuk memulangkan keris itu. Ia pun pergi ke bukit
Kota, satu hari satu malam dia berada di situ. Dia tidak juga bertemu rumah
perempuan tua itu. Tempat yang ditandanya dulu, ternyata hutan besar yang
menakutkan dan penuh dengan pokok-pokok besar dan akar kayu berjuntaian. Dari
kawan datuk yang membuat pondok di kaki bukit Kota, datuk mendapat tahu, bahawa
kampung yang dimasukinya dulu ialah kampung orang bunian. Dan datuk terjumlah
pada orang yang beruntung, kerana orang bunian itu berkenan padanya kerana itu
dia dilayan, kalau orang bunian tidak berkenan, sudah pasti datuk sesat di
dalam hutan berbulan-bulan.
Walaupun
begitu, datuk masih dapat menjalinkan silaturahimnya dengan orang bunian dengan
baik. Malah ia telah dikira sebagai salah seorang anggota orang bunian. Datuk
mendapat tahu semuanya ini menerusi anak perempuan orang tua melalui keris
pendek yang di usapnya pada tiap-tiap malam Jumaat.
"Ingat,
buat sesama manusia, jangan tamak dalam hidup, bersihkan diri dari perasaan
hasad dan dengki," kata perempuan tua itu pada datuk pada suatu malam.
"Saya tahu," jawab datuk. Kemudian perempuan
itu menghilangkan diri di tengah-tengah bau kemeyan yang semerbak. Dua minggu
kemudian, datuk menghilangkan diri selama seminggu. Seluruh anak buahnya jadi
gempar. Masuk minggu yang kedua, datuk pulang dan memberitahu nenek, bahawa dia
telah berkahwin dengan orang bunian. Nenek terdiam. Tidak memberikan sebarang
komen.