Bercakap Dengan Jin

Bercakap Dengan Jin

Wednesday, 15 July 2015

Siri 62 - Puja Kubur



Puja Kubur

Datuk dan Haji Salim terus merenung ke tanah perkuburan yang dipenuhi dengan pokok-pokok kecil. Batu nisan yang dibuat dari batu gunung tidak berapa jelas kelihatan, kecuali sebuah kubur yang terletak di kawasan tanah yang agak tinggi. Batu nisannya kelihatan menonjol. Bentuknya juga tidak sama dengan batu nisan yang lain.

Ukuran tingginya separas pinggang. Batunya bulat macam batu sempadan letaknya agak condong ke arah barat daya. Penuh dengan lumut yang menghijau.

Tuesday, 14 July 2015

Siri 61 - Tulang Jari Di Daun Keladi



Tulang Jari Di Daun Keladi

Sejak pulang dari Hospital Lumut, sudah tiga minggu saya berkurung dalam rumah. Setiap malam, nenek akan membalut kaki saya dengan Naga Buana. Perut pula, dibalut dengan pucuk pisang emas.

“Kenapa nek buat begini, pada kaki dan perut saya?”

“Untuk mengelakkan kaki kau dari kisit urat dalam perut mesti dikecutkan, kalau tak dibalut dengan daun pisang, perut kau boroi bila

“Huh, saya dah jemu kena balut nek.”

Monday, 13 July 2015

Siri 60 - Lumpuh Di Kaki



Lumpuh Di Kaki

Perlahan-lahan Datuk meraba dahi saya. Dari dahi jejari Datuk merayap ke pangkal tengkuk. Saya rasa jejari Datuk sejuk macam ais.

“Keadaan badan kamu macam biasa, tidak panas dan tidak pula sejuk, berdasarkan denyut darah yang aku rasa dari kepala hingga ke pangkal tengkuk, kau masih ada harapan.”

“Maksud Datuk?”

“Lumpuh di kaki kamu boleh sembuh jika diizinkan oleh Allah, cuma aku mesti berusaha.”

Sunday, 12 July 2015

Siri 59 - Kelawar Puntianak



Kelawar Puntianak

Biji-biji getah yang dikutip saya lambakkan atas tanah. Datuk masih lagi menjalin bilah buluh dengan rotan. Dia membuat lukah (bubu) baru yang panjangnya satu hasta dengan injap bermata belas. Memang perangai Datuk, kalau membuat lukah, mesti dimulakan waktu matahari terbit. Bila matahari sudah tinggi segalah, kerja itu diberhentikan.

Kalau diteruskan, lukah yang dibuat tidak membawa tuah. Ertinya, tidak ada ikan yang mahu masuk dalam lukah. Saya terus memecahkan kulit biji getah dengan kayu. Isinya saya taruh dalam penapis buluh.

Saturday, 11 July 2015

Siri 58 - Ilmu Papan Sekeping



Ilmu Papan Sekeping

Sudah dua jam, saya duduk di pangkal pokok kekabu di tebing sungai. Tidak ada seekor ikan pun yang mahu menjamah umpan di mata pancing.

“Banyak ikan yang kau dapat?”

Saya segera menoleh ke kanan. Samad Perang tercegat di situ dengan sepasang matanya merenung tajam ke arah saya. Batang pancing saya cacakkan ke tanah.

“Tak ada ikan yang mahu makan umpan pancing. Bila pakcik datang dari Kuala Lumpur?”

Friday, 10 July 2015

Siri 57 - Sumpah Selendang Merah



Sumpah Selendang Merah

Saya lihat Datuk kurang senang dengan arahan yang diberikan oleh Sajono pada saya.

“Ayuh, orang muda,” suara Sajono lembut.

“Cucu saya, masih bodoh pak.”

“Dia harus belajar, mungkin di masa akan datang dia tidak akan berhadapan dengan perkara semacam ini.”

“Tapi...”

“Jangan bimbang, biarkan dia lalui pengalaman ini, setidak-tidaknya akan jadi bahan sejarah untuk dirinya. Ayuh,” Sajono menggosok-gosok kepala saya.

Thursday, 9 July 2015

Siri 56 - Bomoh Terjun



Bomoh Terjun

Datuk terus memulas kedua belah tangan Samad Perang ke belakang. Udin Candung pula memegang kedua belah kaki. Mamat Bukit terus duduk di atas belakang Samad Perang.

“Dollah kau ambil rotan,” Mamat Bukit beri arahan pada Dollah Beranggas. Cepat-cepat Dollah Beranggas melompat ke tanah dan segera naik ke rumah bersama segulung rotan.

Tanpa membuang masa, Dollah Beranggas buka gulung rotan dan terus mengikat kedua belah pergelangan kaki Samad Perang.